30 Jan 2012

Kalau dah gatal, Kahwinlah!


Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya, jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya. (H.R. Tirmidzi)
Kahwin awal bukan satu masalah. Mari lihat persoalan-persoalan yang selalu menerjah di kepala anak-anak muda yang fitrahnya terhalang atas sebab-sebab tertentu.
1. Kahwin waktu masih belajar, adakah tidak mengganggu pelajaran?
Siapa cakap kahwin waktu sedang belajar mengganggu? Salah tanggapan tu. Sepatutnya, kahwin awal lebih memberi kita semangat yang membara. Yelah, sudah ada pasangan yang halal dan akan sentiasa menyokong kita, mesti la lagi bersemangat mahu belajar kan?
Lagi satu, orang yang sudah kahwin ni akan berasa lebih bertanggungjawab dari sebelum kahwin. Sebab mereka tahu bahawa mereka punya pasangan untuk dijaga, jadi mereka pun akan berusaha untuk buat yang terbaik bagi pasangan mereka. Apa-apa pun, tengok ibu bapa kita saja sebagai contoh. Sudah kahwin, tapi adakah mengganggu kerja mereka? Tidak kan?
2. Saya masih belajar, macam mana mahu bagi nafkah pada isteri kalau belum ada kerja?
Saya tahu ramai antara kita yang masih belajar, dan ramai yang meminjam dapat elaun biasiswa. Saya beranggapan pasangan yang ingin dikahwini jugak masih belajar. Jadi ia bermakna dua-dua masih dapat hidup dengan wang yang asas tu.
Jadi, sementara masih belum ada kerja, suami berilah nafkah yang termampu kepada isteri. Mungkin RM50 atau RM100 sebulan? Bergantung kepada berapa banyak isteri gunakan untuk makan. Lagipun, isteri jugak ada wang, jadi tak perlu rasa ada masalah di situ.
Yang penting dua-dua masih dapat hidup. Lain la kalau isteri demand kereta, rumah, rantai emas, baju berlambak-lambak, dan macam-macam lagi. Jadi, sepatutnya tiada masalah dalam bab nafkah. Cuba kita tengok orang Arab zaman Nabi dulu. Adakah kebanyakan daripada mereka orang berharta? Tidak. Mereka cuma mampu memberi isteri makan makanan setakat yang mereka mampu beri. Itu pun sudah mencukupi untuk dijadikan nafkah.
Nabi tak larang pun orang miskin berkahwin. Jangan jadikan kekurangan wang sebagai penghalang perkahwinan. Itu namanya menyalahkan takdir Allah. Berdosa.
Firman Allah: Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. (An-Nur:32)
3. Macam mana mahu cari modal untuk majlis perkahwinan?
Apa perkara asas dalam kahwin? Ya, akad nikah dan walimatul urus. Merisik dan bertunang tu bukan wajib pun. Jadi, potong kos seperti bagi hantaran waktu merisik dan bertunang, sudah jimat wang. Waktu akad nikah pun, jemputlah keluarga terdekat dengan kawan-kawan saja yang dapat datang. Berdosa bila tidak menghadiri jemputan walimatul urus.
Jadi, jimat sikit kos kenduri. Buang wang saja sewa pelamin, sewa baju pengantin, sewa jurukamera dengan mak andam semua tu kerana ia termasuk dalam hal-hal yang sia-sia. Mas kahwin pun tidak perlu tinggi-tinggi kerana sebaik-baik magar adalah yang paling rendah. Mudah saja majlis perkahwinan dalam agama Islam. Tidak sampai puluh ribu pun.
Sabda Rasulullah s.a.w: Tiga golongan yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah s.w.t, seorang penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya. (H.R. Thabrani)
4. Tidak terlalu awalkah untuk saya berkahwin?
Kalau rasa dengan kahwin boleh buat semangat untuk belajar semakin meningkat, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh buat diri semakin bersemangat dalam agama, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh elak daripada fitnah dan maksiat, kahwin la. Itu maksudnya, kahwin memang perlu di usia muda.
Benda yang baik, jangan dilambatkan. Takut kelak bertukar menjadi benda yang tidak baik. Cuba bayangkan anda ada pasangan yang disukai. Kan bagus kita cepatkan benda yang baik dengan berkahwin terus. Tapi kalau kita melambatkan perkahwinan yang bagus itu, mungkin kita akan terjerumus ke lembah maksiat.
Kenapa kita boleh beralasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang haram? Tanya diri, jagalah iman.
Sabda Rasulullah s.a.w: Apabila datang kepadamu seorang laki-laki untuk meminang, yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi. (H.R. Tirmidzi dan Ahmad)
5. Bersediakah saya untuk kahwin awal?
Ini soalan paling bagus ditanya kepada diri sendiri. Tanya dulu soalan asas ni. Sudahkah saya solat penuh 5 kali sehari semalam? Bertanggungjawab sudahkah saya? Adakah saya panas baran atau penyabar? Adakah saya seorang yang bercakap menggunakan akal atau bertindak menggunakan akal di lutut?
Pendek kata, ada banyak soalan spesifik yang boleh ditanya kepada diri sendiri. Walau apa pun jawapan dia, ini nasihat saya. Sentiasalah perbaiki diri dan mantapkan diri. Orang yang sudah berkahwin dan sedang belajar solat lebih baik berbanding orang yang sudah kahwin dan pandai solat tapi tidak amalkannya lepas kahwin. Orang yang bersedia mengubah dirinya adalah yang paling bersedia sebenarnya.
6. Macam mana dengan restu ibu bapa?
Ya, ini la benda paling susah bila mahu kahwin awal. Faktor penghalang paling utama. Kalau kita dapat menjelaskan dengan baik kepada ibu bapa dan mereka faham, insyaAllah tiada masalah untuk berkahwin awal.
Tapi kalau ibu bapa kita susah mahu terima sebab fikiran mereka masih terikat dengan fikiran tipikal masyarakat Melayu sekarang ni yang lebih terpengaruh kepada adat dan cerekarama di tv semata-mata, serta pemikiran risau akan tak cukup wang nak sara anak dara orang, sudah tentu mereka tidak akan terima setiap hujah yang diberikan seperti di atas.
Apa-apa pun, saya doakan yang terbaik untuk mereka yang mahu kahwin awal supaya cepat bertemu jodoh. Ingat, bila seseorang itu berkahwin kerana ingin mengikut sunnah Rasulullah, maka terbukalah segala pintu rezeki untuknya. Lihat, betapa banyaknya kelebihan kahwin awal. Fikiran kita yang sempit saja membuatkan kahwin ni nampak terlalu susah sangat.
Umar bin al-Khattab r.a telah berkata: Kahwinlah anak-anak kamu apabila sampai baligh, janganlah kamu menanggung dosa-dosa mereka. (Disebut oleh Ibnu Jauzi dalam Ahkam An-Nisa)
Nasihat saya untuk golongan-golongan yang sedang hangat bercinta tu, sebaiknya kahwinlah awal. Lebih banyak kelebihan kahwin awal berbanding kahwin lambat. Tapi semua itu pilihan masing-masing juga. Mudah-mudahan setiap pilihan yang kita buat adalah yang terbaik dan dirahmati Allah. InsyaAllah.
Rasulullah s.a.w bersabda: Siapa yang benci dengan cara hidup (sunnah) ku maka dia tidak termasuk golonganku. (H.R. Bukhari dan Muslim)

thanks yo! baca dis entry, sila komen yea ..

29 Jan 2012

wedding kawan awam 1 batch 2007 SMTPD :)

Salam :)
Tiada pembuka kata!
 Nak terus upload gambar, biar lah gambar yang bercerita :)


Eh yang penting bukan kita berdua punya wedding lah kan? pakaian pon dah tahu bukan :)
gamba kengan bersama hanim :)


Ni ha , pengantinnya, alahai x sangka da kahwin da kawan kesayangan aku ni .
love you effa, yayunk :) 
merah , sweet!


keluarga besar awam 1 batch 2007 SMTPD . RINDU kowang2 :)


Nah bunga ni untuk kowang  

thanks yo! baca dis entry, sila komen yea ..

19 Jan 2012

Akhirnya Jumpa Juga!

Salam :)
Pukul 8.00 a.m tadi time masuk keje aku terus je pergi my PC, sayang ..
Buat kerja macam bese aku buat.

Online kan apa yang patut dulu. HAHA.
On apa lagi kalo bukan facebook,twitter, gosip artis  and last things that i will do is updating my blog :)

Kerja la sangat kan :X HAHA.
Sebelum memulakan kerja perut perlu diisikan :)
selepas dah membuncitkan perut td, aku terus pergi kat PC
(Konon -Konon nak buat keje la kan?)

Padahal :type google search and search Farah Lee punya blog.

Bukan apa rasa macam menarik tertarik ditarik -tarik untuk mengenali si dia ni.
Kowang tak kenal ke ? Alahai yang married dengan Ally Iskandar tu :)
Lama jugak cari akhirnya jumpa, blog si dia ni menarik juga.
Nah mai lah tengok. Klik SINI
thanks yo! baca dis entry, sila komen yea ..

Doaku Untuk Mu ; Mak Ayah :)

Ya Allah,
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahla...h ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka


Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya,
atas didikan mereka padaku dan
Pahala yang besar atas kesayangan yang mereka
limpahkan padaku, peliharalah mereka
sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana
aku, atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana
perbuatanku, jadikanlah itu semua penyebab
rontotnya dosa-dosa mereka dan bertambahnya
pahala kebaikan mereka dengan perkenan-Mu ya
Allah, hanya Engkaulah yang berhak membalas
kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka
sebelumku, Izinkanlah mereka memberi syafa’at
untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku
memberi syafa’at untuk mereka, sehingga kami
semua berkumpul bersama dengan santunan-Mu
di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-
Mu,ampunan-Mu serta rahmat-Mu

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia
Maha Agung, serta anugerah yang tak berakhir
dan Engkaulah Yang Maha Pengasih diantara
semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin..



 # Sayangilah mereka sepertimana 
    mereka menyayangi kita





thanks yo! baca dis entry, sila komen yea ..

18 Jan 2012

Sesi Bergambar dengan Mereka !

Salam Semua!
Hey all readers and followers :)

Hari ni just nak share aktiviti semalam : Bergambar dengan Mereka!
yela, bila melalui masa - masa tension kita kena berlibur! kan? kan ? kengkawan ? HEHE
Memang terbaik  last night :)
Nak tahu sapa mereka?
Jeng Jeng Jeng #@$%@@! HAHA
Actually,
Ia disertai oleh Officemate aku : 
Noreha,Zuliana, Azah Fatihah,Zaleha 
and Kak Huda ( Kawan kak Noreha )

Nah petang -petang ni aku sajikan gambar kiteorang berphoto gedik semalam,
Sila Sila Sila, Tengok :P
Locatian : Putrajaya 
Model : Officemate Unit JIM (MM2H) @ Kemeneterian Pelancongan Malaysia
Tema: Ikut suka suki hati korang lah!

# Untuk kenangan kita bersama. :( 



thanks yo! baca dis entry, sila komen yea ..

17 Jan 2012

Nak tahu dia Jodoh kita ? Baca Entry ni ye!

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.

Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.

Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima Kita Seadaanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang.

Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.

Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita.

Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya?

Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain.

Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.

Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama.

Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.

Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, “lidah sendiri lagikan tergigit”, inikan pula suami isteri’.

Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.

Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.

Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing.

Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita?

Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati.

Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.

Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.

Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Credit to : Penpatah

# Perlu diingatkan ini hanyalah info yang boleh di baca dan fahami dan tidak boleh di   
  percayai sepenuhya:)  

  

thanks yo! baca dis entry, sila komen yea ..

15 Jan 2012

Teka - Teki yang pernah berjaya aku jawab tapi bila di soal balik . Terlupa ! HAHA kawan2 Tolong Jawab. Ngee ;D

Pinjam ayah RM25, pinjam ibu RM25 total RM50
Beli baju RM45 baki RM5
Ambik RM1 bayar ayah, Ambik RM1 bayar ibu baki RM3
Hutang ayah jadi RM24, hutang ibu jadi RM24
RM24 + RM24 = RM48 + baki RM3 = RM51.
... Dari mana datang RM1?

# pening la teka teki ni.. tapi aku penah jawab! arrrrrggghhh. apa jawapanny ?

thanks yo! baca dis entry, sila komen yea ..

12 Jan 2012

Kerja , Oh noooooooooooo!

HAHA .. Post title pon da macam tension kan?

Salam :)

rasa tension plak ni. hmm kenapa ye?
ada kerja tension tiada kerja tension?
Tidak bersyukur kah aku?
entahlah banyak dugaan dan cobaan dalam hidup ni.
Ya, Allah kuatkan lah Hamba mu yang lemah ni
Maafkan hambamu yang tidak bersyukur ini.
Ya allah ampuni lah hamba mu.

# Apapon dalam ke tensionan ni. jum la berjimba -jimba di alamanda dengan officemate,Hilangkan tekanan di minda ini! 
Fullstop! don't  thinking about this things anymore.

 tata! jam menunujukan 12.15 P.M waktu rehat sudah tiba! Let's GO!


thanks yo! baca dis entry, sila komen yea ..

11 Jan 2012

Insyallah ,AMIN


 # Ternampak picture diatas dalam FB, dan kepala ligat berfikir ..

Yang di atas sudah mengaturkan dan menentukan segalanya.
Moga aku dan dia disatukan, AMIN
Moga aku dapat pekerjaan yang baik dan serdahana dan cukup untuk semuanya di dunia ini,begitu juga dengan dia ,AMIN
Moga yang baik -baik berlaku dalam kehidupan ku dan aku tabah dengan semua dugaannya begitu juga dia , AMIN  :)


thanks yo! baca dis entry, sila komen yea ..

9 Jan 2012

KANSER CEGAH SEBELUM TERKENA

Jangan amik mudah dalam segala termasuk penyakit, penyakit berbahaya seperti kanser patut kite cegah, moga dijauhkan penyakit ini , AMIN
TANDA-TANDA AWAL KANSER

(1) Kanser pangkal rahim – sebarang lelehan atau pendarahan yang luarbiasa, sakit selepas bersenggama dan turun berat badan.

(2) Kanser payudara – bengkak atau gumpalan di buah dada, keluar cairan berdarah dari puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit di buah dada.

(3) Kanser usus besar – perubahan pada tabiat membuang air,hilang berat badan, sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air.

4) Kanser paru-paru – batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah,sakit dada dan hilang berat badan.

5) Kanser perut – hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan yg tidak teratur,cepat kenyang walaupun makan sedikit.

6) Kanser limpa – sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan,turun berat badan,kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak.

7) Kanser ovari – haid menjadi tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen, sakit semasa bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yg melampau, suara menjadi lebih mendalam.

8) Kanser otak – sakit kepala,muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh, pening/pitam, pelupa, perubahan personaliti.

9) Kanser prostat – sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan.

(10) Kanser darah (leukimia) -letih,pucat, mudah lebam dan mudah mendapat jangkitan (infection).

(11) Kanser tekak – suara garau/serak, ada ketumbuhan di tekak,sukar menelan dan kelenjar membengkak di leher.

10 PENYEBAB UTAMA KANSER
(1) Makanan
(2) Tembakau
(3) Alkohol
(4) Radiasi
(5) Sinaran cahaya matahari
(6) Pekerjaan
(7) Pengambilan ubat
(8) Pencemaran air dan udara
(9) Perokok yang tidak aktif
(10) Keturunan

TEH DAN KANSER

Teh meningkatkan aktiviti antioksidan di dalam darah,membantu mengelakkan sakit jantung dan kanser. Di negara Jepun dan China, mereka mempercayai bahawa meminum teh bersama hidangan dapat mengurangkan risiko penyakit kanser. Teh juga berupaya menyerang bakteria yang boleh menyebabkan penyakit gusi selain memperkuatkannya. Teh juga mempergiatkan enzim sistem “detoxification” di dalam limpa, membantu menyingkirkan bahan-bahan kimia yang tidak dikehendaki oleh tubuh serta membantu melindungi arteri. Ia juga berupaya untuk menghalang darah beku dan juga mengurangkan risiko serangan stroke.

DIET UNTUK MENCEGAH BENJOLAN PADA PAYUDARA
(1) Hindari makanan berlemak dan bergoreng
(2) Hindari makanan ringan yang masam
(3) Kurangkan minum kopi dan minuman bergas
(4) Berhati-hati semasa mengambil ubat selsema ataupun aspirin
(5) Ambil makanan mengandungi vitamin E,B-6,dan evening primrose oil

((i'm sharing ! because i'm caring :P ))
Myra ~




thanks yo! baca dis entry, sila komen yea ..

Sakit ~

Badan sakit -sakit.
Suhu badan makin meningkat.
Waktu malam di rumah sewa,keseorangan.
tiada sapa -sapa.

Hanya dia yang aku ingat.
dia sahaja.

Badan bertambah sakit .
Suhu badan makin meningkat.
Cuba mandi, mengigil -gigil,berfikir dan terasa sepi .
Kemudian... aku ..
selebung dengan 3 lapisan selimut . Tebal Panas!
Tapi badan tidak kembali normal juga.

Akhirnya tertidur semula.
Tunggu dan terus menunggu.

Ia sakit seperti mana aku pernah  sakit masa part 5 Menagis menahan sakit
dan terima kasih pada sayang saya. thanks dan juga mimi sebab ada masa tu untuk aku :) 

dan sekarang sakit dan xsembuh -sembuh lagi
segala ubat dah di makan.
ada ke ubat yang masih terlupa untuk aku makan.?
sabar, NUR AMIRAH :)


thanks yo! baca dis entry, sila komen yea ..

8 Jan 2012

Berkelah di Tepi Tasik :)

Assalamualaikum ! :)
Hey all readers and followers.

Ha, sabtu ahad ni for the first time tak balik PD.
Percaya x? haha
Nak buek camno an, raya cina nanti cuti panjang and 
next weekny pon nak balik sebab my best friend kawen,
bestnya kan da kawen da kawan gila2 time skola teknik.
aku bila lagi? insyallah ade rezeki t :)

oke let's talk about , what i'm doing during this weekend?
haha cite nya seperti post title diatas ye : Berkelah di Tepi Tasik :)
terbaik la bersama -sama dengan kawan - kawan kerja. syok ny.
sume bawak bekal masing untuk berkongsi. aku bawak roti telur dengan kuah ayam masak lemak, bukan kuah je skali isi ny lewww. zu bawak air n kopok, azah bawak cekodok and farahin bawak snek. nyumnyum !
Makan je la koje kiteowang ni.gomukgomuk!
habis semua makanan tu kiteorang bedal :)

then, snap pic untuk dibuat kenangan .Nah mai sila2 tengok :)
Title : Gamba kegedikan bersama -sama..
location : Tasik Berhadapan Pullman Hotel (Ala yang pengantin suka snap pic tu ) HEHE

Gamba makanan x masuk sekali nanti2 la  aku upload ye:)
see u all next post entry!
Sebab nak cite what i'm doing on suday tu pulak.
itu bersama -sama NAD,PAIN N ME (kawan -kawan UiTM penang)
bye :)



thanks yo! baca dis entry, sila komen yea ..

1 Jan 2012

HAPY NEW YEAR 2012 !

Dikesempatan ini ,
saya NUR AMIRAH AZMI. 

chewahhhhh!
Mengucapkan selamat tahun baru 2012,
atau dalam bahasa omputih nya, HAPPY NEW  YEAR 2012.

Semoga tahu ni semua impian dan hajat dapat di capai :)
Dan menjadi orang yang lebih baik dari sebelumnya !

AMIN, happy -happy yea semua . Myra sambut New year dengan Family
dekat Pantai Teluk Kemang je, ada konsert :)



thanks yo! baca dis entry, sila komen yea ..