18 Oct 2012

Hidup baru , Tempat baru and Environment baru !

Hi, Semua.


 

Rasa terketar2 hendak menaip ni.


 

Al - maklum lama sangat dah tak menghupdate - hupdate Blog Usang saya ni.

Bahasa kurang sangat kan, kepada adik - adik yang membaca jangan terpedaya terikut bahasa akak ni ye .


 

Okay let's Talk about me. My new me :)


 


 

Sebelum ini ada post No more UiTM dihati ku kan? Sebab dah ada DiGi Dihati ku. Ewahhhhh..

I Follow you .......  tet tet !


 

Pejam celik pejam celik dah masuk 7 bulan dah kat DiGi ni.

Wow..bertahan juga ye?


 

Kalau tidak dulu nak berhenti la nak quit la.. aikk sama je maksudnya. HAHA.

Ye lah , Before this tak pernah kerja Swasta and syarikat yang agak besar and ramai orang kenal kan.

Sebut je DiGi. Semua orang tahu. ( Bangga kejap) ,

Nak highlited kat sini keje Govt and Swasta sangat - sangat berbeza.

Environment best, kawan best, My Team Best.


 

Sekarang dah keje lama ni baru lah terasa.

yang sebenarnya  I'm a lucky person :)


 

Belajar punya lah dalam bidang Tourism ha sekarang hambik kau terus ke HR, bahagian IR, handle case's staff beb! Handal kan? Handal ke hape ramai orang benci :((


 

 Sekarang dari contract 5 months dah jadi contract 15 months until 31/12/13. Rezeki kan. AMIN.


 

Tak mo nak berhujah panjang jum tengok gambar - gambar saya di DG !

sila jeles jeles dekat saya ye.


Baca jangan tak baca buku ni  !



Yellow man with me!


At Retail centre, Bukit Tinggi . Klang

Office saya, cantik kan. Jangan jeles ;p


 


 


 


thanks yo! baca dis entry, sila komen yea ..

30 Aug 2012

5 May 2012

Penantian tidak semesti satu seksaan , Akhirnya!

Alhamdulilah, ku panjat syukur ke hadrat ilahi,
 akhirnya setelah aku dapat offer keje then tolak.
dapat offer lagi tolak lagi, 

Sumenya ada hikmah :)
 Tidak semestinya tolak tu tolak rezeki,
 tapi kena pandai buat keputusan dan pilihan yang terbaik.

Kerana Allah ingin memberi yang lbih lebih bagus .
InsyAllah yang ni baik -baik aje.
Dugaan macam2. Dugaan Pekerjaan juga macam2.
Alhamdulilah dapat tempuh,.

Yeah! Sok mula start bekerja. Alhamdulilah Again :)
Syukur , kawan -kawan doakan ye.

thanks yo! baca dis entry, sila komen yea ..

8 Apr 2012

15 Kesilapan Kita Sebagai Ibu Bapa dalam Mendidik Anak-Anak


 # kita boleh perbetulkan apa yang salah atau mejerumus kepada kesilapan kita sendiri,    
    perbetulkan sebelum terlambat!

1. Kesilapan pertama: Kurang BerdoaKurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah
* Saidul (penghulu) istighfar
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:8-9)
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:38)
* Doa agar anak mengerjakan solat ((Al-Quran Surah Ibrahim, 14:40-41)

Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah
* Doa agar anak patuh kepada Allah s.w.t (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2:128)
* Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Fuqan, 25:74)
* Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

2. Kesilapan kedua: Banyak membaeri belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti:
* menakutkan anak-anak dengan sekolah
* menakutkan dengan tempat gelap
* menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
* menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur.

3. Kesilapan ketiga: Tidak tegas dalam mendidik anak-anak
* Tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak
* Terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.

4. Kesilapan keempat: Menegur mereka secara negatif
* Mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah)
* Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.

5. Kesilapan kelima: Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual)
* Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani.

6. Kesilapan keenam: Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak
* Sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a.: Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra’ bin Habis At-Tamimy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra’: “Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun daripada mereka.” Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkata: “Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.”
(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

7. Kesilapan ketujuh: Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas
* Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati syarak bile berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.

8. Kesilapan kelapan: Susunan rumahtangga yang tidak kemas
* Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.

9. Kesilapan kesembilan: Kurang menghidupkan sunnah di rumah
* Seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.

10. Kesilapan kesepuluh: Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak
* Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu Sunnah.

11. Kesilapan kesebelas: Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang
* Seperti para ulama’ dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktivi yang bersesuaian dengan akhlak Islam.

12. Kesilapan keduabelas: Berrtengkar di depan anak-anak
* Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibu bapanya.

13. Kesilapan ketigabelas: Membenarkan orang yang tidak elok sahsiahnya masuk ke dalam rumah
* Samada dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang sedang membesar.

14. Kesilapan keempatbelas: Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton
* Samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangn dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.

15. Kesilapan kelimabelas: Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak
* Sebagai ibu bapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.
“Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar.”
(Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15)

thanks yo! baca dis entry, sila komen yea ..

24 Mar 2012

Lama sudah tak jenguk !

Hi alls! ( Maaf takde kaitan langsung dengan Post Title cerita dibawah ini )

yooo... oleh kerana mata tidak mahu lelap aku pon mula on my younger's sis laptop untuk kemas-kemas sikit blog aku yang dah lama tak dijenguk oleh tuan nya sendiri..aisshh kesian kamu.

ok stopp myra!
baik kita mula bercerita berkenaan pekerjaan ku sekarang?
mahu tahu apa yang aku buat sekarang?
ye la mana tahu ade orang stalker I kan? HAHA.. funny :)
hehe , Al - maklumlah.. untuk pengetahuan semua saya sudah tidak berkerja dengan mana - mana
kementerian mahu pun syarikat swasta yang lain..

oleh sebab kontrak aku kat KPL dah tama tempoh . chewah macam kan passport pulak ye nak tamat tempoh.Okey, memang aku rasa sangat down pada mulanya..

Tapi..
Aku yakin mesti ade sebab kenapa ALLAH tu menduga aku sebegini, dan dia maha tahu yang hamba nya mampu mengatasi dugaannya dengan sabar..
:)

okey boring ah cerita pasal pekerjaan ni. haaaa.. Jom layan aktiviti yang aku lakukan last week!
kebetulan.. ada Pesta Belon Panas yang ke4 kat putrajaya. dah alang -alang aku packing barang  nak hantar Kampung Halaman , tu yang dok singgah sebentar diPesta tu..

BEST! tapi yang jadi kurang sikit sebab aku tak dapat tengok belon panas tu, masa tu angin kuat so bahayakan? tu yang takde tu. It's okeyy janji aku pegi jugak pesta tu.
okey, layankan jela gambar-  gambarnya.






thanks yo! baca dis entry, sila komen yea ..

28 Feb 2012

Meniti hari - hari yang terakhir di KPL

Menhitung hari. 
hari demi hari ku lalui  dengan penuh sabar
Dugaan Pekerjaan ini membuatkan aku lemah.
Aku cuba menjadi yang paling kuat. 

Tapi kadang - kadang tak terdaya,
Apalah nasib :(

Rasa hilang sparuh semangat pagi ini ..
Ada meeting Unit. Ucapan Pn. Roznain menyentuh hati ..



thanks yo! baca dis entry, sila komen yea ..

27 Feb 2012

i'm being so stupid !

Ya, Allah 
kenapa tadi aku interview aku tak begitu yakin dengan diri ini?


tidak cukup sediakah diri ini?


kenapa aku boleh menangis, 
mungkin aku terlampau harapkan sesuatu yang bukan aku boleh  dapat dengan senang nya.


Ia sesuatu yang sukar, ia mengajarkan sesuatu, Aku dapat sesuatu melalui pengalaman hari ini.


Ya, Allah aku yakin ada hikmahnya. 
Aku yakin tuhan sudah mengaturkan 


sesuatu yang baik untuk diri ini .




Nur Amirah 


jangan down sangat :)


Be Strong!
thanks yo! baca dis entry, sila komen yea ..