8 Jul 2011

Ingatkan Benar rupanya tidak lah BENAR!

Ha. Post title macam la bergado dengan pakwe . Iye tak ?

Dan sebenarnya .. hihi aku baru je abis nengok cite " Penunggu Istana "..

 

Sipnopsis cite ni :

"Penunggu Istana adalah sebuah dokumentari yang mengikuti sebuah kumpulan paranormal iaitu “The Seekers Team” yang cuba menjejaki misteri yang terdapat di dalam Istana Bilah, istana tua yang terbiar di Perak. Pada Feb 2009, krew sebuah TV produksi yang menjalani penggambaran untuk siri drama ‘Warkah Terakhir’ telah mengalami satu pengalaman yang ngeri dan dasyat. Mendengar cerita ini, kumpulan Seekers membuat keputusan untuk kembali ke tempat misteri tersebut bagi menyiasat perkara sebenarnya yang telah berlaku dan bekerjasama dengan Wan Hasliza (pengarah ‘Warkah Terakhir’). Mereka bermalam di istana yang sunyi dan menyeramkan itu selama 7 hari berturut-turut dengan harapan dapat menemui bukti-bukti kewujudan kuasa misteri. Segala tindakbalas atau perkara yang berlaku semasa penyiasatan ini dirakamkan sendiri oleh Wan Hasliza. Sesetengah kejadian yang berlaku boleh diklasifikasikan sebagai gangguan biasa seperti keadaan istana yang sudah begitu usang menghasilkan gema yang menyeramkan atau bunyi angin melalui atap bumbung yang sudah rosak. Tetapi mereka akhirnya menyedari bahawa mereka tidak berseorangan malah ditemani oleh ‘penghuni-penghuni’ yang telah menetap di istana itu – sejak hari pertama lagi mereka di situ. Melalui temubual, kamera-kamera yang digunakan dalam penyiasatan dan alat-alat khas yang lain, terdapat imej-imej yang ganjil dan menyeramkan telah ditemui disebalik misteri tinggalan istana lama ini. "


Cite ni. buat aku tertanyaII lah kan? buat aku tertipu  jugaklah kan.. hmm..Sampai aku on " baby lappy" untuk search la pasal budak2 dalam cite tu betol ke dah mati? upanya elok je dia balas2 komen dengan peminat die.


Hampeh aku percaya!


Tapi bagus gak la cite ni sbb bagi impak kat owg yg nengok ni tertipu dan ingat sume pelakon tu mati. padahal x.


BTW,   this movie lah ;)tak kisah la ada yg menentang movie ni. itu hak masing2. movie is movie lah kan ?. memang sume movie tipukan. sume di lakon kan. so memang kita sbg penonton biarkan diri ni ditipu. so wats d prob kan.HAHA.


"Ada real n ada yg x real lah cite
bila kita nengok dua tiga kali.."

thanks yo! baca dis entry, sila komen yea ..

No comments: